Sekarang...
Kucing itu berwarna hitam. Hitam pekat. Hanya terlihat dua biji matanya yang berwarna kuning kecoklatan menyinar di waktu malam. Ia seolah-olah sebagai lampu suluh di malam hari.
Seorang lelaki tua duduk berseorangan di sebuah lorong yang gelap dan hanyir. Dia duduk terpaku memandang langit yang kelam. Dia bingung. Bagaimana dia boleh sampai ke tempat jijik ini.
"Dimana aku?", lelaki tua itu bersuara lemah.
Kucing hitam itu telah mengalahkannya. Dia tewas kepada seekor kucing yang dianggapnya jijik. Baginya kucing itu hanya layak tinggal di longkang-longkang hanyir ini. Itulah tempat yang paling sesuai untuknya. Namun dia terlupa bahawa kucing hitam juga merupakan makhluk Tuhan yang diciptakan untuk sama-sama menghirup udara sepertinya. Dia terlupa bahawa Tuhan mampu menjadikan sekecil-kecil makhlukNya menjadi sekuat-kuat makhluk lalu memusnahkan mana-mana makhluk yang mengaku dialah yang paling besar. Itu jugalah yang terjadi kepadanya.
"Mengapa kau lakukan begini kepadaku, wahai kucing hitam? Aku tidak pernah sesekali mengganggu kau"
"Aku cuma mengikut arahan saja. Makanya, engkau yang telah terpilih. Aku tidak mampu berbuat apa-apa."
"Siapa yang telah mengarahkanmu. Siapa?"
"Engkau semestinya tahu, wahai lelaki tua"
"Tahu?", lelaki tua itu mula terdiam sejenak memikirkan sesuatu.
"Jangan kau cuba hendak permainkan aku. Lekas, beritahuku siapa yang telah mengarahkan kau supaya berlaku zalim ke atas diriku ini!", kali ini lelaki itu mula meninggikan suaranya.
"Siapa yang berlaku zalim ke atas dirimu, wahai manusia? Bukankah kau sendiri yang telah berlaku zalim. Zalim ke atas makhluk sekeliling!"
"Apa yang kau cuba hendak katakan kepadaku ini. Aku tidak paham!"
"Kau masih lagi tidak ingat atau berpura-pura tidak ingat? Apa yang telah kau lakukan kepada sahabat baikku. Kau membunuhnya. Kau pembunuh!
"Siapa? Siapa sahabat baikmu. Mustahil, kucing hitam seperti kau ini mempunyai sahabat baik. Kucing sial seperti kau ini layak tinggal di lorong-lorong hanyir!"
"Kau memang lelaki zalim! Cuba kau ingat semula apa yang telah kau lakukan tiga hari yang lepas. Siapa yang telah kau bunuh!", kali ini giliran kucing hitam itu pula meninggikan suara ke arah lelaki tua itu.
Lelaki itu tersentak. Dahinya berkerut-kerut seolah-olah cuba mengingat sesuatu. Fikiran dan mindanya mula jauh melayang mengingati sesuatu.
3 hari yang sebelumnya...
"Kurang ajar! Habis biskuit-biskuit aku dimakannya", kemarahan lelaki itu membuatkan isterinya tersentak.
"Kenapa marah-marah ni?"
"Tikus sial! Habis dimakannya biskut-biskut dalam plastik ni"
"Lain kali letaklah tempat yang tersorok sikit. Alah, bukannya tak boleh beli lagi. Biarlah, hari ni rezeki dia"
"Mana boleh dibiarkan. Tikus tu makhluk perosak. Tikus kurang ajar! Sial!"
"Kenapa nak marah-marah sangat dengan tikus yang seekor tu? Awak tahu tak, tikus tu faham tau apa yang awak cakapkan dekat dia. Silap hari bulan lagi teruk barang-barang dekat rumah ni dikerjakan"
"Tikus tu bodoh! Kalau dia paham cakap aku, dia takkan makan biskut-biskut ni!"
Beberapa jam kemudian...
"Apa dah jadi ni. Habis seluar aku!", lelaki itu bersuara dengan separuh menjerit dari tingkat atas membuatkan isterinya yang berada di tingkat bawah tersentak sekali lagi.
"Apa lagi yang jadi! Macam orang hilang akal je awak ni", isterinya mula berasa geram.
"Tengoklah ni. Habis seluar dalam aku dikerjakannya. Memang sah kerja tikus sial tu jugak!"
"Mana awak tahu tikus tu yang kerjakan seluar dalam awak?"
"Saya tahulah. Tengoklah kesan gigitan ni. Bukan ke kesan gigitan tikus. Siaplah kau tikus. Aku kerjakan kau pulak cukup-cukup. Baru puas hati aku!"
"Sudah-sudahlah tu. Tak usahlah nak berdendam sangat dengan tikus tu. Nanti awak jugak yang jadi mangsa dendam tikus tu"
"Apa yang kau merepek ni? Apa yang tikus tu boleh buat pada aku. Aku tak fahamlah kenapa kau asyik sebelahkan saja si tikus keparat tu?"
Isteri lelaki itu tidak mampu berkata apa-apa lagi. Dia sudah tidak kuasa melayan kerenah suaminya itu lalu berlalu meninggalkan si suami yang masih merungut-rungut. Sejenak dia terfikir mengapa hanya barang-barang suaminya sahaja yang menjadi mangsa. Tidak kepada barang-barangnya.
Sekarang...
"Kau sudah ingat sekarang?", kucing hitam itu menyoal kembali lelaki tua itu.
"Ya, ya aku sudah ingat. Tikus itu sahabat baikmu? Adakah dia yang menyuruh kau melakukan sebegini ke atasku? Tapi, mana mungkin kau bersahabat baik dengan seekor tikus", lelaki itu berkata sambil memandang sinis ke arah kucing hitam.
"Segalanya mungkin, hai lelaki tua. Begitu juga dengan keadaan sekarang. Bagaimana pula kau mampu berbicara dengan aku?", giliran kucing hitam itu pula tersenyum sinis ke arah lelaki tua itu.
"Jadi, mengapa kau lakukan ini ke atas aku. Tikus itu memang berhak mendapat balasannya. Dia makhluk perosak!"
"Dia bukan makhluk perosak. Ya, memang ramai yang menganggap tikus makhluk perosak, tetapi dia cuma ingin menolong kau saja"
"Apa yang dia telah tolong? Apa?!", lelaki tua itu meninggikan suaranya.
"Dia tolong kau menghabiskan biskut itu. Biskut yang sudah lemau tu adakah kau akan memakannya? Aku pasti kau akan membuangnya. Kerana itulah sahabatku memakannya agar tidak dibazirkan. Jika kau dan isteri kau memakannya, takut-takut boleh mengundang musibah kepada dirimu dan isteri", kucing hitam itu memberi penjelasan panjang lebar.
"Bagaimana pula halnya dengan seluar dalamku", lelaki itu tidak berpuas hati.
"Bukankah isterimu sudah berkali-kali berpesan agar membeli seluar dalam yang baharu. Aku hanya kasihani isterimu sahaja. Dia tidak mahu kau terus-menerus memakai celana dalam yang buruk. Maka, aku menolongnya menggigit-gigit seluar dalammu agar kau tergerak untuk membeli yang lain", sekali lagi kucing hitam menjelaskan niat sahabatnya.
Lelaki tua itu tercengang. Dia tidak menyangka itulah niat sebenarnya si tikus itu. Penyesalan mula terbit dalam dirinya. Dia tidak menyangka tindakannya meracun si tikus tersebut telah membawanya hingga ke sini. Bukan itu sahaja, malah selepas diracun , tikus itu dibantainya dengan sebatang kayu sebelum dicampak ke longkang. Dia berasa sangat puas ketika itu.
"Jangan risau, aku hanya mencakar muka kau sedikit sahaja. Bisa yang menjalar akibat cakaran itu akan pulih jua cuma ia mungkin akan mengambil masa yang lama. Apa yang tinggal hanya kesan parut di mukamu sebagai peringatan akan perbuatanmu kepada sahabat baikku. Kau telah membunuhnya. KAU PEMBUNUH!", kucing hitam itu berkata lalu meninggalkannya keseorangan di lorong hanyir itu.
Terngiang-ngiang kata-kata isterinya tempoh hari, "Sudah-sudahlah tu. Tak usahlah nak berdendam sangat dengan tikus tu. Nanti awak jugak yang jadi mangsa dendam tikus tu"
Dia merenung kembali langit yang kelam. Saat itu dia mengakui, dia sememangnya zalim. Dia pembunuh!

EmoticonEmoticon