Rabu, 19 Desember 2018

Ayo Kita Sambut Dan Sukseskan
Gerakan Tagar "2019 GANTI PRESIDEN"
Mari Selamatkan NKRI Tercinta Ini
Dari Makar Jahat Kaum Sepilis Atheis
Serta Intervensi Asing Dan Aseng

Abu Ubaidah bin Al Jarrah r.a [Pemegang Amanat Ummah dan Rasullullah]

   Nama sebenar beliau adalah ‘Amir bin ‘Abdullah bin al-Jarrah al Fihri al. Abu ‘Ubaidah seorang yang memiliki wajah yang berseri, kacak, tinggi lampai, kurus dan berjambang nipis. Beliau mudah mesra yakni pandai berkawan, tawaduk dan pemalu. Namun di saat yang genting beliau bagaikan singa. Beliau disimpulkan sebagai mata pedang yang cantik, berkilau, tajam dan runcing.
    Abu ‘Ubaidah tergolong di dalam golongan yang paling awal memeluk Islam. Abu ‘Ubaidah memeluk Islam sehari selepas pengislaman Abu Bakar dan ini adalah hasil daripada dakwah Abu Bakar kepada Abu ‘Ubaidah.
    Abu ‘Ubaidah bersama-sama ‘Abdul Rahman bin ‘Auf,’Uthman bin Maz’un dan al-Arqam bin Abi al-Arqam telah mengucapkan syahadah di hadapan Rasulullah.
   Jadi Abu ‘Ubaidah adalah golongan yang bersama Rasulullah dari awal hingga akhir perjuangan mereka di Makkah. Seperti mana yang kita ketahui, pada waktu itu mereka ditimpa pelbagai seksaan disebabkan menganut agama yang dibawa oleh Nabi.
   Ketika peperangan badar terjadi, Abu ‘Ubaidah menyerang musuh dengan begitu hebat sekali dengan perwatakan pahlawan yang tidak takutkan mati. Perwatakan beliau telah menggerunkan tentera Musyrikin sehingga mengebabkan tentera berkuda mereka berwaspada apabila bertembung dengan beliau dan cuba mengelak daripada bertempur dengannya.
   Dalam bilangan tentera Quraisy yang ramai itu, ada seorang yang benar-benar ingin bertempur dengan Abu ‘Ubaidah.  Dalam keadaan ini, Abu ‘Ubaidah pula yang cuba mengelak daripada bertempur dengan lelaki Quraisy tersebut. Setiap serangan oleh lelaki itu, Abu ‘Ubaidah mengelak dengan segera. Lelaki itu tidak berputus asa dan dia menyekat jalan Abu ‘Ubaidah dengan menghunuskan pedang kearah Abu ‘Ubaidah.
    Kita semua tahu pada awal peperangan Uhud umat islam ‘tewas’ akibat tidak mendengar arahan daripada Rasulullah. Tentera Musyrikin semakin mengganas dan juru laung mereka berteriak “Tunjukkan saya mana Muhammad!!! Tunjukkan saya mana Muhammad!!!”
   Pada saat itu, Abu ‘Ubaidah salah seorang sahabat yang melindungi Rasulullah. Mereka mempertahankan Nabi seolah-oleh dada dan tubuh mereka menjadi tembok dan banteng penghalang panah dan tombak musuh.
     Apabila peperangan tamat, gigi kacip Rasulullah patah, kulit dahinya terkoyak dan dua mata rantai baju perisai Baginda terbenam di pipinya. Abu Bakar datang untuk mencabutnya namun Abu ‘Ubaidah berkata “Saya bersumpah kepadamu, biarlah saya yang mencabutnya.”
     Lalu Abu Bakar berundur. Abu ‘Ubaidah bimbang jika dicabutnya mata rantai itu dengan tangan ia akan menyakitkan Rasulullah. Lalu beliau mencabutnya dengan gigi kacipnya. Beliau menggigit kuat mata rantai yang pertama dan mencabutnya dengan perlahan sehingga mata rantai itu tercabut dan mengakibatkan giginya lerai ke bumi. Abu ‘Ubaidah melakukan perkara yang sama untuk mencabut mata rantai yang kedua dan sekali lagi gigi kacipnya terlerai jatuh ke bumi.
Abu Bakar berkata “Abu ‘Ubaidah merupakan manusia rongak paling baik”
    Pada zaman Khalifah ‘Umar al-Khattob memerintah, Abu ‘Ubaidah diutuskan ke Syam untuk memimpin bala tentera Islam. Dengan Izin Allah tentera Islam dapat menawan seluruh bumi Syam. Ketika itu tentera Islam sampai ke tepi sungai Furat di sebelah timur dan Asia Minor di sebelah utara.
Dalam pada masa yang sama, Syam sedang dilanda wabak taun yang tidak pernah berlaku sebegitu teruk sebelum ini. Ramai nyawa yang terkorban akibat mengidap penyakit itu. Mendengar situasi tersebut, Khalifah menghantar utusan untuk bertemu Abu ‘Ubaidah dan di dalam perutusan itu Khalifah berkata “ Nampaknya saya mempunyai satu urusan yang amat memerlukan bantuan kamu. Saya tidak dapat menyelesaikannya tanpa kamu. Jika perutusan saya ini sampai kepadamu pada waktu malam, sebelum subuh hendaklah kamu berangkat bertemu saya. Jika perutusan ini sampai pada waktu siang, sebelum petang hendaklah kamu berangkat bertemu saya.”
     Abu ‘Ubaidah berkata selepas membaca perutusan Khalifah “Saya tahu tujuan Amirul Mukminin terhadap saya. Beliau ingin saya terus hidup sedangkan tiada siapa yang boleh kekal hidup.”
“Wahai Amirul Mukminin, saya sedia maklum permintaanmu terhadap saya. Sesungguhnya saya merupakan sebahagian anggota tentera Islam. Oleh itu saya tidak ingin menjaga diri saya daripada bencana (taun) yang telah menimpa mereka. Saya tidak akan berpisah meninggalkan mereka sehingga Allah membuat keputusan-Nya untuk menyelamatkan saya dan mereka. Sama ada Dia mencabut nyawa atau menyelamatkan kami. Maka apabila surat ini sampai kepadamu, gugurkanlah tuntutanmu terhadap saya. Izinkan saya untuk terus kekal di sini.” Balas Abu ‘Ubaidah kepada utusan Khalifah.
    Tatkala ‘Umar membaca surat tersebut, air mata beliau mengalir. Lalu para sahabat yang ada bersama beliau bertanya “ Apakah Abu ‘Ubaidah telah meninggal dunia wahai Amirul Mukminin?”
“Tidak, namun beliau hampir menemui kematian” jawab ‘Umar teresak-esak.
Jangkaan ‘Umar tidak meleset. Setelah beberapa ketika Abu ‘Ubaidah diserang penyakit Thaun. Sedang beliau nazak, beliau berpesan kepada tentera-tenteranya.
    “Saya berpesan kepada kamu semua, jika kamu menerimanya, kamu akan sentiasa memperoleh kebajikan. Dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat, berpuasalah di bulan Ramadhan, bersedekahlah, tunaikan Haji dan Umrah, salinglah berpesan dan memberi nasihat kepada pemimpinmu. Jangan kamu memperdayakan mereka. Jangan kamu dilalaikan oleh dunia. Lantaran jika seseorang mampu hidup 1000 tahun, dia tetap akan menuju kematian seperti yang kamu lihat saya sekarang. Sesungguhnya Allah Taala telah menjanjikan kematian kepada anak Adam. Oleh itu mereka pasti mati. Manusia yang paling bijak ialah mereka yang paling taat kepada Tuhannya dan paling banyak melakukan amalan sebagai persediaan untuk hari kebangkitan. Wassalamualaikum wa Rahmatullah.”
       Kemudian Abu ‘Ubaidah berpaling kepada Mu’az bin Jabal “Wahai Mu’az, imamkan mereka.”
    Apabila Abu ‘Ubaidah meninggal dunia, Mu’az pun bangun dan berucap “ Wahai manusia, sesungguhnya kamu telah ditimpa kesedihan disebabkan kematian lelaki ini. Demi Allah! Saya tidak pernah kenal lelaki yang lebih berhati mulia dan jauh daripada hasad dengki, terlalu cinta dengan mati dan paling menunaikan tanggungjawab berbanding lelaki ini. Doakanlah kerahmatan untuknya, pasti Allah akan merahmati kamu semua.”
        Abu Ubaidah meningal dunia karena sakit yg di deritanya yaitu penyakit Thaun, Di Jordan, Wilayah Syam. Pada umur 58 Tahun. Jenazahnya dikebumikan di kawasan yang pernah dibebaskannya daripada kekuasaan Rom dan Parsi.


EmoticonEmoticon